TMJ bayar zakat RM1 juta

Tunku Ismail ketika menyerahkan bayaran zakat pada pertemuan tersebut.
Tunku Ismail ketika menyerahkan bayaran zakat pada pertemuan tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat sebanyak RM1 juta bagi tahun ini dalam satu pertemuan yang diadakan di Istana Bukit Pelangi, di sini hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Twitter peribadi putera Sultan Johor itu, penyerahan bayaran zakat berkenaan telah disaksikan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot bersama Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Dalam majlis sama, Tunku Ismail yang juga Pengerusi MAINJ turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari majlis berkenaan kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor.

Terdahulu, ayahanda Tunku Ismail, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga telah melaksanakan ibadah berkenaan selepas membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun ini.

Artikel Berkaitan: