Majlis serah, terima tugas di IPK Perak

Rizaruddin (tengah), menyaksikan majlis serah tugas antara Selven (kiri) dan Mohamad pagi tadi.
Rizaruddin (tengah), menyaksikan majlis serah tugas antara Selven (kiri) dan Mohamad pagi tadi.
A
A
A

IPOH - Bekas Ketua Penolong Pengarah Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc), Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mohamad Laham memulakan tugas selaku Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, hari ini.

Mohamad Laham mengambil alih tugas berkenaan daripada Datuk T Selven pada majlis Serah Terima Tugas di Bilik Mesyuarat Utama, IPK Perak, pagi tadi yang turut disaksikan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain.

Selven 57, yang mula berkhidmat di IPK Ipoh mulai 10 Julai 2015 bakal bertugas sebagai Penolong Pengarah Penataan dan Analisa JPJKK di Bukit Aman mulai 19 November ini.

Artikel Berkaitan: