X

Kindly register in order to view this article
!

Motosikal bertembung kereta, guru Fardu Ain meninggal dunia

Kenderaan kedua-dua mangsa kemalangan di Jalan Kuala Krai-Batu Balai rosak teruk.
A
A

KUALA KRAI - Guru Fardu Ain meninggal dunia sementara anaknya cedera parah apabila motosikal mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kuala Krai, Batu Balai pagi ini.

Hasiah Abdullah,43, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara anak sulungnya, Ana Asyida Anuar,15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar di rawat di Hospital Kuala Krai manakala pemandu kereta berusia 23 cedera ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal dari arah Batu Balai ke bandar Kuala Krai.

"Tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai memotong sebuah kenderaan di hadapannya lalu masuk ke laluan setentang dan berlanggar dengan sebuah kereta dipandu peniaga berusia 23 tahun.

"Berikutan kejadian mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Wan Fauzi berkata, pihaknya bagaimanapun masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!