894 notis kompaun dikeluarkan kepada premis makanan di NS

S. Veerapan
S. Veerapan
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengeluarkan 894 notis kompaun terhadap premis makanan atas pelbagai kesalahan selepas memeriksa 1,987 premis sehingga April lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan dalam satu kenyataan berkata daripada jumlah itu 40 premis diarah tutup dibawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Sehingga April lalu, 51 aduan diterima, dimana 40 daripada aduan itu melibatkan isu kebersihan premis makanan," katanya.

Di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, beliau berkata terdapat beberapa keperluan utama yang wajib dipatuhi iaitu mendaftarkan premis makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. - Benama

Artikel Berkaitan: