X

Kindly register in order to view this article
!

An-Nusrah gabung tiga seni rawatan

Muzakkir (depan, dua dari kiri) bersama kakitangan An-Nusrah sentiasa berusaha memberi khidmat terbaik untuk pelanggan.
A
A

Tawar servis bekam, terapi tulang belakang, herba untuk mereka yang mengalami masalah postur

DUDUK terlalu lama di hadapan komputer, memandu, menunggang motosikal setiap hari mahupun aktif bersukan boleh menyebabkan sakit leher dan pinggang serta terdedah kepada masalah postur.

Usah menganggap simptom seperti lenguh, sengal atau sakit tulang belakang merupakan perkara kecil hingga membuatkan kita menangguhkan hasrat untuk membuat pemeriksaan.

Pengasas Pusat Rawatan An-Nusrah (An-Nusrah), Muhammad Muzakkir Abdul Halim berkata, sekiranya tanda-tanda tersebut diabaikan dan dibiarkan berlarutan, ia akan menyebabkan kerosakan pada tulang belakang dan saraf.

Tidak mustahil tercetus detik malang sekiranya bahagian anggota terbabit perlu melalui pembedahan atau penghidapnya bakal menanggung kesakitan sehingga ke akhir hayat.

"Nasihat saya, masyarakat kita kena lebih prihatin menjaga tulang belakang dan postur badan dalam kehidupan.

"Biasakan diri membuat pemeriksaan tulang belakang apabila kita merasakan simptom tidak selesa pada bahagian itu. Orang ramai juga boleh ke mana-mana Pusat Rawatan An-Nusrah untuk pemeriksaan tulang belakang secara percuma," katanya kepada Sihat:Aktif ketika ditemui baru-baru ini.

Rawatan tulang belakang.
Rawatan tulang belakang.

Menurut Muzakkir, tujuan pemeriksaan dilakukan adalah untuk memastikan seseorang itu mengenali simptom awal yang selalunya berpunca daripada ketegangan otot atau gangguan pada postur tulang belakang.

Jelas beliau, jika berkaitan dengan gangguan postur tulang, maka ia perlu dirawat segera dan nasihat dalam aktiviti seharian akan diberikan pihaknya sebagai langkah pencegahan. Justeru, apa kata sekali-sekala, kita memberikan perhatian terhadap aspek kesihatan.

Jika berhajat ke An-Nusrah, biarpun boleh walk-in, orang ramai digalakkan untuk membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelak menunggu terlalu lama mengambil angka giliran.

Isu privasi tidak perlu dirisaukan kerana pusat rawatan tersebut menyediakan pembahagi ruang untuk setiap seorang pesakit ketika dirawat. Hanya anda dan perawat! Malah An-Nusrah juga mampu menawarkan servis kepada enam orang pelanggan dalam satu-satu masa di setiap cawangannya.

Menurut Muzakkir, kaedah yang digunakan An-Nusrah ialah gabungan rawatan iaitu bekam, terapi tulang belakang dan herba.

Kata beliau, gabungan tiga elemen itu sangat penting bagi memberi rawatan secara menyeluruh.

"Bekam membantu detoksifikasi, merangsang dan merawat otot dan saraf. Terapi tulang belakang dan sendi pula bagi membantu alignment postur tulang belakang," kata pemegang Diploma Rawatan Komplementari yang sudah lima tahun mengendalikan An-Nusrah.

Sejarah

Melihat kisah di sebalik tertubuhnya An-Nusrah, Muzakkir yang kini berusia 29 tahun berkata, beliau mula mempelajari rawatan alternatif demi membantu merawat ibunya yang mempunyai masalah sakit lutut beberapa tahun lalu.

Disebabkan tiada rawatan bekam di kawasan kampung halamannya di Parit Buntar, Perak ketika itu, beliau merasakan perlunya untuknya mempelajari ilmu berkenaan.

Rawatan berbekam di An-Nusrah menggunakan sistem pakai buang.
Rawatan berbekam di An-Nusrah menggunakan sistem pakai buang.

Bermula detik itu, pemuda itu mula meminati dan melihat peluang yang besar dalam rawatan alternatif untuk membantu lebih ramai mereka yang bermasalah.

Akhirnya, pada tahun 2014, Muzakkir menubuhkan A-Nusrah yang kini memiliki enam cawangan masing-masing di Wangsa Maju, Shah Alam, Putrajaya, Cheras, Rawang dan Parit Buntar.

"An-Nusrah berasal dari perkataan Arab bermaksud pertolongan. Inilah tujuan utama pusat rawatan ini diasaskan iaitu untuk membantu orang ramai sihat dengan pendekatan kaedah rawatan kontemporari dan tradisional.

"Khidmat An-Nusrah diharap dapat mengangkat martabat kehebatan rawatan tradisional orang Melayu dahulu kala yang penuh dengan seni dan dibawa kemas bersama nilai patuh syariah, profesional dan klinikal," katanya.

Pusat Rawatan An-Nusrah

Konsep: Medical Spa dengan rawatan bekam, terapi tulang belakang, fisioterapi dan urutan.

Moto An-NusrahcTypeface:> Melestari Kesihatan Sejagat Alamat ibu pejabat: 12-G, Wangsa Delima 2A, Sekyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur Operasi: Bulan puasa - 9 pagi hingga 4.30 petang Hari biasa - 10 pagi hingga 10.30 malam