Fahami al-Quran dengan ilmu: Hussamuddin

 Datuk Dr Hussamuddin Yaacub
Datuk Dr Hussamuddin Yaacub
A
A
A

KUALA LUMPUR - Al-Quran tidak eksklusif untuk golongan tertentu sahaja sebaliknya menjadi tanggungjawab semua ummah untuk memahami isi kandungannya.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, umat Islam perlu berusaha menjadi seseorang yang berilmu bagi memahami al-Quran.

"Kita nak 'mainstream' kan fahaman bahawa al-Quran ini bukan eksklusif tetapi ia untuk semua orang. ALLAH juga dah janji bahawa al-Quran ini solusi untuk sepanjang zaman.

"Jadi kita kena baca, faham dan hayati al-Quran, tetapi untuk faham kena ada ilmu. Sebab itu orang Islam kena jadi orang berilmu dan gali lagi perincian dalam al-Quran," katanya dalam temubual bersama program Agenda Awani, di sini malam tadi.

Program itu dikendalikan oleh moderator, Nazri Kahar.

Menurut beliau, World #QuranHour yang berlangsung sejak empat tahun lalu telah berjaya mencipta momentum untuk menggalakkan orang ramai mendekati dan memahami al-Quran

World #QuranHour 25 Ramadan 1440H/30 Mei 2019

Jawapan kepada setiap cabaran ada dalam al-Quran. Baca, faham dan amalkan Surah Al-Kahf #MisiAlKahf2019 World #QuranHour #CabaranSejagat #BacaFahamAmal

Posted by World #QuranHour on Friday, May 10, 2019

"Tapi apa yang kita nak ialah memahami al-Quran dalam konteks sekarang. Contohnya dalam surah Al-Kahf ada empat cabaran dan salah satunya ialah cabaran harta.

Artikel Berkaitan:

"Ia diceritakan melalui kisah dua kebun yang dilanda ribut. Tetapi kalau kita taddabur dan tazakkur surah itu, sebenarnya kita turut mengalami situasi sama pada zaman sekarang," katanya.

Beliau turut berharap semangat berinteraksi dengan al-Quran diteruskan di tempat masing-masing walaupun selepas program World #QuranHour berakhir.

"Dalam tempoh 10 tahun ini kita harap orang ramai mula menjadikan berinteraksi dengan al-Quran sebagai budaya. Dari situ kita dapat lahirkan satu generasi ummah yang ada kerangka fikiran dan akhlak mengikut al-Quran," katanya.

World #QuranHour akan berlangsung esok bersamaan 25 Ramadan dengan mengangkat surah Al-Kahf sebagai tema.

Program ini diadakan serentak di lokasi utama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dan beribu-ribu lokasi di seluruh negara dan dunia.