As-Salihin rai anak yatim

Seramai 40 anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah, Hulu Selangor dirai as-Salihin, Sabtu lalu.
Seramai 40 anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah, Hulu Selangor dirai as-Salihin, Sabtu lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 40 anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah, Hulu Selangor dirai as-Salihin Trustee Berhad (as-Salihin) dalam Majlis Berbuka Puasa bersama waris harta pusaka yang ditadbir di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya di sini.

Majlis diadakan bagi mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara kakitangan as-Salihin dan waris sekaligus meraikan anak-anak yatim.

Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Abdul Aziz Peru Mohamed berkata, seramai 160 tetamu hadir pada majlis yang penuh dengan pengisian bermanfaat.

Menurutnya, majlis tersebut merupakan acara tahunan, memberi peluang kepada as-Salihin untuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutama anak-anak yatim serta insan yang kurang bernasib baik.

Abdul Aziz menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM7,000 yang berjaya dikumpul kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah, Hulu Selangor.
Abdul Aziz menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM7,000 yang berjaya dikumpul kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah, Hulu Selangor.

“Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil serta penyampaian sumbangan kepada anak yatim yang diraikan.

“Penerima menerima sumbangan beg sekolah dan duit raya. Selain itu, as-Salihin dengan bantuan penderma berjaya mengumpulkan wang tunai berjumlah RM7,000 yang disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi as-Salihin, Tun Dr Mohd Salleh Abas.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, as-Salihin ditubuhkan pada tahun 2004 untuk memenuhi keperluan umat Islam bagi memelihara, melindungi dan mengagih harta hasil titik peluh mereka supaya orang-orang yang tersayang akan beroleh manfaat apabila mereka sudah meninggal dunia.

Katanya, menjadi matlamat as-Salihin menyediakan perkhidmatan berkaitan perancang harta berdasarkan prinsip Syari’ah.

Tambahnya, as-Salihin juga adalah syarikat amanah pertama di Malaysia yang fokus terhadap perancangan harta pusaka Islam.