Dua pasukan JPJ Perak masih bertugas di Pulau Pinang

Severinus (kiri) menemani Jenny Choy menyerahkan juadah bubur lambuk dan kurma kepada pegawai JPJ yang bertugas, hari ini.
Severinus (kiri) menemani Jenny Choy menyerahkan juadah bubur lambuk dan kurma kepada pegawai JPJ yang bertugas, hari ini.
A
A
A

IPOH - Dua pasukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak yang dipinjamkan ke JPJ Pulau Pinang akan terus bertugas di agensi itu sehingga menerima arahan seterusnya daripada Ibu Pejabat JPJ.

Pengarahnya, Severinus Tukah berkata, lapan anggotanya dipinjamkan sejak bulan lalu susulan penahanan dan siasatan SPRM terhadap anggota-anggota penguatkuasanya.

"Pasukan tersebut terdiri daripada empat anggota masing-masing daripada cawangan Ipoh dan Taiping telah dipinjamkan ke JPJ Pulau Pinang.

"Pasukan tersebut telah ditugaskan untuk membantu agensi berkenaan dan ditempatkan di sana sehingga mendapat arahan seterusnya daripada ibu pejabat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Semarak Ramadhan JPJ Perak yang dihadiri oleh ADUN Canning, Jenny Choy Tsi Jen di sini.

Pada majlis itu, sejumlah 2,000 juadah bubur lambuk telah diedarkan kepada pegawai dan kakitangan JPJ serta orang awam.

Sementara itu, Severinus berkata, program seumpama itu dapat mendekatkan lagi pegawai dan anggota bertugas bersama masyarakat setempat.

"Tugas JPJ bukan untuk saman sahaja sebaliknya adalah memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan selamat sampai ke destinasi terutama merayakan lebaran ini.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga minta pegawai dan anggota JPJ menunjukkan teladan yang baik dengan mengucapkan terima kasih kepada pengguna yang beri laluan," katanya.

Katanya, tingkah laku yang baik dapat menepis persepsi negatif orang ramai terhadap JPJ.