Ramon yakin PKNP FC mampu bangkit

Aksi Ramon ketika berdepan Kuala Lumpur, kelmarin. - Foto PKNP FC
Aksi Ramon ketika berdepan Kuala Lumpur, kelmarin. - Foto PKNP FC
A
A
A

BIARPUN debut import terbaharu PKNP FC Ramon da Silva dipalit nota kekalahan 1-4 kepada Kuala Lumpur kelmarin, namun pemain kelahiran Brazil itu yakin pasukan baharunya itu mampu bangkit pada perlawanan akan datang.

Menurut pemain berusia 27 itu, sebagai pasukan yang dibarisi ramai pemain muda, PKNP FC masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi pasukan yang digeruni satu hari nanti.

Justeru menurutnya, PKNP FC perlu lebih banyak berlatih dalam usaha meningkatkan mutu kesebelasan pemainnya.

“PKNP FC adalah pasukan yang bagus kerana memiliki ramai pemain muda dan mereka boleh belajar banyak perkara.

“Berdasarkan pengalaman, saya yakin pasukan ini mampu untuk meningkat dan memperbaiki persembahan untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ramon yang boleh beraksi di semua posisi menyerang termasuk di kedua-dua belah sayap berkata, dia masih dalam peringkat menyesuaikan diri dengan suasana baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Bagaimanapun katanya, rakan-rakan sepasukan banyak membantu dan diharapkan perkara berkenaan akan berterusan selepas ini.

“Rakan-rakan sepasukan banyak membantu saya di sini dan saya yakin pasukan ini mampu bangkit dalam baki tujuh perlawanan musim ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: