Ugut bunuh adik ipar, lelaki dijel enam bulan

Tertuduh, Wan Mohd Fadillah dihukum enam bulan penjara di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mengaku salah mengugut mahu membunuh adik iparnya.
Tertuduh, Wan Mohd Fadillah dihukum enam bulan penjara di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mengaku salah mengugut mahu membunuh adik iparnya.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dihukum enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mengugut bunuh adik iparnya, dalam kejadian pada 2 Mei lalu.

Tertuduh, Wan Mohd Fadillah Wan Mansor, 29, dari Kampung Raja, Besut, mengaku salah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk membunuh Muhamad Ezril Hisham Abd Rahman, 25, dengan niat menimbulkan rasa takut terhadap mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Sekyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah di Kampung Pulau Duyong Kecil, di sini, kira-kira jam 6.45 petang, pada 2 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Ridhuan Mohimadin di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, kira-kira jam 6.45 petang, pada 2 Mei lalu, mangsa yang ketika itu berada di rumah mentuanya di Kampung Pulau Duyong, di sini, didatangi abang iparnya (tertuduh) sebelum mengamuk dan merosakkan barang-barang di dalam rumah.

Tidak cukup dengan itu, tertuduh cuba menyerang ibu mentua mangsa serta isterinya dengan menggunakan jag kaca tetapi sempat di halang.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh kemudian mengeluarkan kata-kata ugutan mengerat dan membunuh semua yang berada di dalam rumah sekiranya enggan memberinya duit.

Sebelum ini, tertuduh pernah memegang senjata tajam dan mengacukan kepada ahli keluarga lain.

Bimbang keselamatan diri dan keluarga, mangsa membuat laporan polis sebelum tertuduh ditangkap kira-kira jam 10.30 malam, hari kejadian.