Sharnaaz jemput orang ramai solat hajat untuk anak

- Foto Instagram Sharnaaz Ahmad
- Foto Instagram Sharnaaz Ahmad
A
A
A

PELAKON Sharnaaz Ahmad memohon orang ramai yang berkelapangan pada hari ini untuk hadir menyertai solat hajat yang diadakan buat anaknya, Jebat Jayden, 9 bulan, di Masjid Asy-Syakirin, KLCC, malam ini.

“Sesiapa yang free dan berdekatan, boleh jemput hadir di Masjid Asy-Syakirin (KLCC) malam ini, selepas solat Terawih lebih kurang jam 10 lebih.

“Dijemput solat Tarawih bersama. Sama-sama membantu di bulan mulia ini,” kongsinya di laman Instagram.

Menurut Sharnaaz lagi, biarpun cahaya matanya itu telah selesai menjalani pembedahan baru-baru ini, namun keadaannya masih belum pulih sepenuhnya.

- Foto Instagram Sharnaaz Ahmad
- Foto Instagram Sharnaaz Ahmad

“Untuk yang belum tahu, Jebat kena UTI dan ada block di salur kencing dia.

“Dah selesai jalani operation, namun tak recover dengan baik. Tapi syukur sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari,” tulisnya.

Terdahulu, Jebat telah menjalani pembedahan akibat masalah jangkitan saluran kencing yang dialami sejak beberapa bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Sharnaaz dan isteri, Noor Nabila Mohd Noor mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada Ogos lalu.