JKM kesan waris tiga kanak-kanak

Dari kiri: Nur Firash Adam, Nur Ayuni Yusrina, Keisha Elisha
Dari kiri: Nur Firash Adam, Nur Ayuni Yusrina, Keisha Elisha
A
A
A

PETALING - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling sedang mengesan ibu bapa kandung atau waris kepada tiga kanak-kanak untuk urusan dokumen pengenalan diri dan penempatan seterusnya.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Petaling, Siti Nurlina Sarman berkata, kes pertama iaitu kanak-kanak yang bernama Nur Ayuni Yusrina, 5, difahamkan ditinggalkan oleh ibu kandung.

"JKM mencari ibu kandung atau waris yang mengenali kanak-kanak ini untuk membantu pihak kami menguruskan penempatan seterusnya.

"Nur Ayuni telah diserahkan oleh ibunya untuk diasuh dan kemudian ibunya terus menghilangkan diri, alamat terakhir ibu di Taman Medan Petaling Jaya," katanya.

Bagi kes kedua, Siti Nurlina berkata, JKM juga sedang mengesan ibu bapa kandung atau waris yang mengenali Keisha Elisha, 5, untuk urusan dokumen pengenalan diri.

"Kanak-kanak ini didapati ditinggalkan oleh ibu kandung kepada beberapa orang penjaga tanpa sebarang dokumen pengenalan diri," katanya.

Selain itu, JKM juga mencari ibu bapa kandung atau waris yang mengenali kepada Nur Firash Adam Daniel Abdul Rahim, 3, bagi membantu penempatan seterusnya bagi kanak-kanak tersebut.

"Kanak-kanak ini diselamatkan oleh pihak berkuasa bersabit kes polis pemerdagangan bayi dan kanak-kanak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebarang maklumat yang diperlukan boleh menghubungi Siti Nurlina Sarman di talian 03-78422584.