35 ahli sindiket edar dadah di Wellington diberkas

Antara barangan dirampas. - Foto Stuff
Antara barangan dirampas. - Foto Stuff
A
A
A

WELLINGTON - Polis Wellington mematahkan sindiket pengedaran dadah, selain menahan 35 suspek dan merampas lebih sejuta aset bernilai US$650,000, lapor agensi berita Xinhua memetik Polis New Zealand, hari ini.

Sejak Ogos 2018, Polis Wellington telah menjalankan intipan terhadap dua sindiket pengedaran dadah jenis methamphetamine (syabu) bernilai jutaan dolar di sekitar daerah Wellington.

Seramai 31 lelaki dan empat wanita berusia antara 23 dan 42 tahun ditahan di sekitar daerah Wellington.

Mereka akan dituduh atas kesalahan mengedar methamphetamine dan ganja, pengubahan wang haram serta penyalahgunaan senjata api.

Lebih 100 anggota polis terlibat dalam siasatan itu, menumpukan kepada kumpulan jenayah yang mengugat keselamatan orang awam. - Bernama

Artikel Berkaitan: