Tabiat pelik hidu stoking bawa padah

Mangsa menghidu stoking yang dipakainya sepanjang hari selepas pulang daripada bekerja. - Gambar Hiasan
Mangsa menghidu stoking yang dipakainya sepanjang hari selepas pulang daripada bekerja. - Gambar Hiasan
A
A
A
BEIJING - CHINA.Tabiat pelik seorang lelaki di China yang gemar menghidu stoking busuknya setiap hari akhirnya membawa padah apabila dia mengalami jangkitan kulat yang teruk pada paru-parunya.

Mirror Online melaporkan, setiap hari lelaki berasal dari Zhangzhou, tenggara China itu akan menghidu stoking yang dipakainya sepanjang hari selepas pulang daripada bekerja.

Tabiat itu menyebabkan paru-parunya dijangkiti kulat yang terdapat pada stoking yang terbentuk akibat kakinya yang berpeluh.

Dia mengalami batuk teruk dan kesukaran bernafas hingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Laporan perubatan mengesahkan jangkitan itu berpunca daripada ketagihannya menghidu stoking setiap hari.
Artikel Berkaitan:


Ketagihan pada bau stoking pernah dilaporkan media di beberapa negara, pada awal tahun ini, seorang lelaki di Amerika Syarikat dilaporkan sanggup membayar sejumlah wang kepada wanita untuk mendapatkan stoking busuk yang dipakai mereka. - Agensi