Kaki bengkak tanda buah pinggang, ginjal bermasalah?

Bengkak kaki.
Bengkak kaki.
A
A
A

BENGKAK kaki boleh terjadi di mana-mana bahagian kaki, termasuklah tapak kaki, buku lali, betis dan peha.

Punca bengkak kaki kronik ini adalah rumit dan berbagai-bagai faktor yang boleh menyebabkan terjadinya pembengkakkan kaki.

Pesakit yang mengalami bengkak kaki kronik boleh menyebabkan tekanan psikologi dan mungkin mempunyai masalah untuk bergerak.

Strategi rawatannya ialah untuk mengawal kebengkakkan dan mengurangkan masalah yang berkaitan untuk meningkatkan kualiti hidup.

Punca utama bengkak kaki dalam kalangan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas ialah pembuluh darah yang kurang berfungsi (venous insufficiency). Keadaan ini melibatkan 30 peratus daripada jumlah populasi.

Jenis pembengkakkan kaki bergantung kepada tempoh masa pembentukan edema itu:

Edema akut à kurang 72 jam (tiga hari)

Edema kronik à lebih dari 72 jam

Artikel Berkaitan:

Pembengkakkan kaki / edema dihasilkan oleh:

Pengumpulan cecair (penyimpanan cecair atau cecair yang terperangkap dalam tisu)

Inflamasi atau kecederaan tisu atau sendi

Pembengkakkan kaki /edema dihasilkan oleh pengumpulan cecair dalam tisu kaki dikenali sebagai peripheral oedema. Punca-punca penyebabnya seperti berikut:

Kegagalan ginjal/ buah pinggang secara akut / kronik

Penyakit tisu jantung (cardiomyopathy)

Pembuluh darah kurang berfungsi yang kronik (chronic venous insufficiency)

Kegagalan jantung

Sistem limfa yang tersumbat (lymphedema)

Penyakit buah pinggang (Nephrotic syndrome)

Ubat tahan sakit (non-steroidal anti-inflammatory drugs/ NSAIDs), contohnya: ibuprofen

Ubat-ubatan untuk rawatan kemurungan, diabetes dan darah tinggi

Duduk atau berdiri terlalu lama

Darah beku biasanya di bahagian kaki (thrombophlebitis)

Punca pembengkakkan kaki disebabkan oleh inflamasi:

Pembengkakkan kaki mungkin disebabkan tindakbalas sistem pertahanan badan terhadap inflamasi tisu di kaki.

Bengkak kaki berkaitan dengan inflamasi biasanya mempunyai kesakitan.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my