Pakar sifatkan arahan tarik diri mungkin untuk elak konflik

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Arahan supaya peguam Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor menarik diri daripada mengendalikan inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan untuk elak konflik antara pihak pendakwaan dan berkepentingan.

Pakar Perlembagaan dan Pengamal Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ini kerana kedua-dua pihak yang ingin mencari keadilan itu adalah mewakili kerajaan.

Menurutnya, sekiranya konflik itu tidak diatasi, kemungkinan akan mengakibatkan keputusan akhir yang akan diperolehi menerusi inkues itu tidak sama.

“Kita harus ingat bahawa peguam KPKT juga adalah wakil kerajaan kerana pelantikan (sebagai peguam) menerusi kementerian.

“Jadi saya lihat jika benar arahan ini (tarik diri) daripada mengendalikan inkues itu, ia langkah tepat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ditanya sama penarikan diri Syazlin bakal menimbulkan persepsi negatif masyarakat, beliau berkata, kemungkinan itu ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Inkues Adib: Sepucuk surat punca peguam tarik diri?

Jelasnya, kes berkenaan sememangnya mendapat perhatian ramai susulan wujud beberapa konflik lain sebelum ini termasuklah percanggahan antara saksi inkues tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Kita tidak boleh nafikan rakyat akan membuat pelbagai spekulasi liar berhubung perkembangan terbaharu ini,” katanya.