Kerajaan bantu usahawan kecil

 Rina Mohd Harun
Rina Mohd Harun
A
A
A

BALING - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bukan sahaja membantu penduduk menyediakan infrastruktur namun turut berperanan meningkatkan sosioekonomi penduduk terutamanya di kawasan luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, antara peranan KPLB adalah membantu usahawan kecil memasarkan produk mereka.

"Saya dapati terdapat usahawan berskala kecil di Baling yang menghasilkan produk makanan berkualiti.

"Ada yang buat biskut raya, kuih bahulu, kopi, dan kuih muih.Jadi kita boleh bantu daripada segi memasarkan dan meningkatkan lagi produktiviti mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Ziarah Ramadan anjuran KPLB melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Desa Keda Bandar di sini hari ini.

Terdahulu Rina melawat penduduk di Kampung Weng Dalam, Kampung Weng Luar dan Kampung Desa Keda Bandar selain menyampaikan sumbangan beras dan kuih raya kepada 65 penduduk Kampung Keda.

Rina berkata, program Desa Harapan yang bakal diadakan dapat meningkatkan ekonomi penduduk di persekitaran kawasan terlibat.

Dalam pada itu, menurutnya, setiap kampung dalam daerah ini mempunyai keunikan tersendiri dan berpotensi untuk dibangunkan.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi kita kena tahu dan kenal pasti setiap potensi yang boleh dibangunkan," katanya.