X

Kindly register in order to view this article
!

PTSB, penduduk berbuka puasa bersama

Penduduk dan warga PTSB berbuka puasa bersama-sama di Pusat Dakwah dan Tarbiyah Islamiah Al-Jazari semalam.
A
A

KULIM - Lebih 700 orang hadir memeriahkan program Semarak Ramadan anjuran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) bersama penduduk setempat di Pusat Dakwah dan Tarbiyah Islamiah Al-Jazari semalam.

Pengarah PTSB, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Yusma Yusof berkata, program menyantuni masyarakat itu merupakan julung kali dianjurkan.

Katanya, program kali ini memberi sedikit kelainan apabila semua pihak bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa.

“Program ini diadakan bagi menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dan membina jaringan kolaborasi bersama komuniti setempat,” katanya.

Penduduk dan pihak PTSB bergotong-royong menyediakan bahan untuk memasak juadah berbuka puasa di Pusat Dakwah dan Tarbiyah Islamiah Al-Jazari semalam.
Penduduk dan pihak PTSB bergotong-royong menyediakan bahan untuk memasak juadah berbuka puasa di Pusat Dakwah dan Tarbiyah Islamiah Al-Jazari semalam.

Tambahnya, selain itu pihaknya dapat mempromosikan politeknik kepada masyarakat luar serta menjalinkan silaturahim sesama kakitangan PTSB yang dijayakan bersama rakan strategik.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakan strategik yang bersama-sama menjayakan program tahun ini.

“Kami berharap program ini akan dapat diteruskan tahun depan dan tahun-tahun seterusnya,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!