MSN setuju Andre Vasiljevs latih Syakilla

No Image Caption
A
A
A

MAJLIS Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk membenarkan jaguh karate negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan dikendalikan oleh bekas ketua jurulatih negara, Andre Vasiljevs.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, perkara itu disepakati selepas perbincangan dengan Syakilla dan juga Vasiljevs, pada Ahad.

"Saya sudah buat perbincangan dengan kedua-duanya semalam, yang keputusan yang dibuat dipersetujui bersama. Setuju untuk Andre kendali program Syakilla dengan beberapa prinsip iaitu Syakilla akan bertanding dalam acara 55kg di Sukan SEA Filipina dan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo.

"Syakilla telah terlepas proses pertama kelayakan ke Sukan Olimpik disebabkan masalah berat badannya. Jadi tumpuan sekarang kelayakan pada September ini," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dengan sukan olahraga di MSN, hari ini.

Ahmad Shapawi berkata Vasiljevs akan mengendalikan Syakilla di Selangor sambil menjelaskan kontrak jurulatih itu akan dibincangkan kemudian.

MSN sebelum ini menolak permohonan Syakilla berlatih di Latvia, malah memberi tempoh hingga September ini untuk jaguh karate itu menurunkan berat badannya hingga 55kg untuk memburu mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bekas atlet karate ranking pertama dunia kumite 55kg itu sudah terlepas banyak kejohanan sejak mengalami masalah berat badan sejak tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: