Remaja cedera tersepit, kereta rempuh tiang lampu

Kenderaan dipandu mangsa yang remuk selepas melanggar tiang lampu di Jalan Pontian - Taman Pulai Perdana hari ini.
Kenderaan dipandu mangsa yang remuk selepas melanggar tiang lampu di Jalan Pontian - Taman Pulai Perdana hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki cedera selepas kereta dipandunya merempuh tiang lampu di Jalan Pontian - Taman Pulai Perdana berhadapan sebuah stesen minyak di sini sebentar tadi.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Azlan Ramli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3.26 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai dari arah Skudai ke Pontian yang terbabas sebelum melanggar tiang lampu Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa yang juga lelaki berusia 19 tahun tersepit di tempat duduk pemandu. Bomba kemudiannya mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkannya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Azlan berkata, sejurus kejadian mangsa yang ketika itu masih dalam keadaan sedar terus dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

"Atas permintaan ayahnya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Columbia Asia menggunakan jentera EMRS," katanya.

Artikel Berkaitan: