X

Kindly register in order to view this article
!

Perbezaan rolled oat dan oat segera yang ramai tidak tahu

Perbezaan kedua-dua oat yang ramai masih tidak tahu.
A
A

CARA mudah untuk diet adalah dengan menikmati oat. Namun masih ramai yang tidak dapat membezakan jenis-jenis oat yang berada di pasaran. Jom kita kenali perbezaan rolled oat dan oat segera.

Rolled Oat

- Ia diperbuat daripada bijirin oat yang dikukus dan kemudiannya digelek menjadi kepingan. Proses ini dapat membantu untuk menstabilkan kadar minyak sihat di dalam bijirin oat tersebut dan memanjangkan tempoh hayat oat untuk simpanan.

- Secara nutrisinya, rolled oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk tempoh yang lebih lama.

- Process pengukusan juga membuatkan oat tersebut separa masak dan ini membantu untuk mengurangkan tempoh memasak oat di rumah.

- 1/2 cawan oat = 190 kalori, 3.5gram lemak, 32 gram karbohidrat, 5 gram fiber, 1gram gula dan 7 gram protein.

- Tempoh memasak rolled oat adalah 10 minit di atas dapur dan 3-5 minit jika menggunakan ketuhar.

- Ia sesuai digunakan sebagai bahan utama untuk membuat biskut dan juga muffin.

- Anda boleh memilih untuk mendapatkan rolled oat biasa ataupun yang bersifat organik.

Oat segera (Instant Oat)

- Ia dikukus lebih lama berbanding rolled oat dan bersifat separuh masak.

- Digelek untuk tempoh yang lebih lama berbanding rolled oat dan mengalami proses hidrasi.

- Jika anda membeli oat segera yang plain dan tiada pemanis tambahan, ia mempunyai nutrisi yang sama seperti rolled oat.

- Kebanyakkan oat segera yang dijual di pasaran mengandungi bahan pemanis yang tidak sihat, garam dan bahan misteri yang tidak diketahui.

- Oleh kerana oat segera ialah separuh masak, anda hanya perlu menambah air panas untuk menyahidrasi oat tersebut.

- Meskipun ia tidak setanding rolled oat, ia dianggap lebih sihat berbanding bijiran sarapan yang terdapat di pasaran.

- 1/3 cawan oat segera = 120kalori, 2 gram lemak, 21gram karbohidrat, 3gram fiber, 1gram gula


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus