Zakat mesti diurus secara profesional

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal mewakili Majlis Agama Islam Negeri Johro (MAINJ) menerima zakat perniagaan 2018 Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal mewakili Majlis Agama Islam Negeri Johro (MAINJ) menerima zakat perniagaan 2018 Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pengurusan dana zakat mesti dilakukan secara profesional dan berkesan agar sampai kepada golongan memerlukan, kata Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Menurutnya, selain itu, pengurusan seumpama itu juga perlu sampai dengan cara terbaik yang membolehkan penerima mengubah kehidupan masing-masing.

"Agensi pungutan zakat mesti mempunyai sasaran. Kita tidak boleh hanya menunggu orang datang membayar zakat.

"Kita mesti mendidik masyarakat untuk tampil dan membayar zakat, memberi infak dan hibah," katanya ketika berucap pada Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran bagi Kakitangan Awam serta Majlis Pembahagian Bungkusan dan Sumbangan Hari Raya Kepada Anggota Keselamatan, Orang Kelainan Upaya, Ibu Tunggal dan Penyerahan Zakat Perniagaan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Saujana di sini semalam.

Sahruddin berkata, sudah sampai masanya Johor mempunyai sasaran pungutan dan pengagihan zakat berorentasikan pencapaian.

Katanya, malah mempunyai strategi pengagihan yang mampu menterjemahkan manfaat sebenar zakat dan hibah kepada masyarakat.

"Pengagihan yang boleh menggalakkan pertumbuhan industri kecil-mikro umpamanya. Ikhtiar inovatif sebeginilah yang akan mewujudkan ruang berdikari dan mengurangkan kadar pengangguran," katanya.

Beliau berkata, zakat yang ditetapkan ALLAH SWT sebagai salah satu Rukun Islam menunjukkan secara jelas Islam menyemai rasa kepedulian terhadap sesama manusia.

Artikel Berkaitan: