KJ puji tindakan Ahmad Zahid

Paparan Twitter KJ
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas calon Presiden Umno yang lantang mengkritik parti, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini memuji tindakan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid sebentar tadi mengumumkan menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Melalui Twitter Khairy menyifatkan tindakan menyerahkan kuasa memimpin parti kepada sebagai tindakan tepat.

"Tindakan yang tepat. Terima kasih Ahmad Zahid," tulisnya sambil berkongsi laporan berita tersebut.

Sebelum ini pelbagai pihak menuntut Ahmad Zahid meletakkan jawatan termasuk Khairy.

Ia susulan tindakan 17 ahli Parlimennya keluar parti selepas tidak pasti dengan hala tuju parti itu.

Beliau juga sebelumnya diminta bercuti susulan pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi di mahkamah.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid berharap keputusannya itu akan menghentikan segala polemik berkaitan kepimpinan.

Dalam kenyataan sama, Ahmad Zahid menyeru agar tidak lagi berlaku Ahli Parlimen dan Adun Umno yang bertindak keluar parti.