PPM Wilayah 2 Muar tahan bot pukat tunda

Anggota PPM Wilayah 2 Muar memeriksa dokumen juragan dan awak-awak yang berada di atas bot.
Anggota PPM Wilayah 2 Muar memeriksa dokumen juragan dan awak-awak yang berada di atas bot.
A
A
A

MUAR - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 menahan sebuah bot pukat tunda kelas B di Perairan Semerah, Batu Pahat dalam operasi Op Gelora, semalam.

Bot tunda terbabit yang dikemudi seorang juragan bersama dua awak-awak temptan itu ditahan bot tonda PPM Wilayah 2 Muar sekitar jam 8.30 pagi.

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, penahanan dibuat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Boat Rules 1985 kerana melanggar syarat lesen serta menggunakan lesen atau permit dikeluarkan atas nama orang lain.

“Turut dirampas lebih kurang 200 kilogram ikan pelbagai jenis. Kes dirujuk kepada Jabatan Perikanan Batu Pahat untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Khon Chiang berkata, operasi itu dilancarkan sebagai tindakan berterusan dalam memastikan semua pengusaha perikanan mematuhi peraturan ditetapkan.

“Selain pemantauan terhadap isu pencerobohan nelayan pukat tunda ke kawasan nelayan tradisional.

“PPM W2 sebagai agensi penguat kuasa amat menitikberatkan tindakan penguatkuasaan berterusan di dalam kawasan tanggungjawab secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata, PPM Wilayah 2 sentiasa komited memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam adalah terjamin.

Artikel Berkaitan:

“Masyarakat disarankan untuk memberikan kerjasama dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah serta pelanggaran undang-undang kepada PPM di talian 07-2372221 / 2372222,” katanya.