Mangsa gempa Lombok beraya dengan masjid baharu

Mas Imran bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar ketika merasmikan masjid di Dusun Dasan Baru, hari ini.
Mas Imran bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar ketika merasmikan masjid di Dusun Dasan Baru, hari ini.
A
A
A

LOMBOK - [KEMASKINI] Mangsa gempa bumi dekat Dusun Dasan Baru, Lombok Timur bakal meraikan Aidilfitri tahun ini dengan masjid baharu.

Masjid Ar-Rahmah Nurul Iman dibina sejak minggu lalu hasil sumbangan rakyat Malaysia susulan gempa bumi tahun lalu.

Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, masjid yang dibina dengan sumbangan orang ramai itu bernilai RM100,000 dijangka siap dua hari menjelang Syawal.

"Kampung ini belum pernah menerima bantuan sejak dilanda gempa bumi tahun lalu jadi misi kali ini kita bawa bantuan kepada mereka.

"Dengan sumbangan orang ramai, kita berjaya mengumpulkan dana untuk mendirikan masjid ini dan kita jangka siap dua hari sebelum Aidilfitri.

"Setidaknya Aidilfitri ini mereka dapat solat sunat di masjid. Dulu ada masjid kecil di sini tapi sudah musnah dan tidak selamat digunakan akibat gempa," katanya selepas merasmikan masjid tersebut, hari ini.

Sumbangan sebanyak 200 bungkus makanan diagihkan kepada penduduk di kampung itu.
Sumbangan sebanyak 200 bungkus makanan diagihkan kepada penduduk di kampung itu.

Menurutnya, masjid itu boleh memuatkan 100 orang dalam satu masa.

Artikel Berkaitan:

"Kita harapkan masjid ini selain menjadi ruang ibadah, ia juga memudahkan aktiviti penduduk termasuk kelas tuisyen atau pengajian agama.

"Penduduk di sini ada lebih kurang 200 orang dan masjid ini boleh muatkan 100 orang dalam satu-satu masa," katanya.

Tabung Dana Lombok yang dilancarkan tahun lalu di pasaraya Econsave seluruh Malaysia itu dapat mengumpulkan hampir RM400,000.

Dalam misi kedua ke Lombok, pihak Econsave dan MyCARE membawakan pelbagai bantuan bernilai RM140,000 termasuk barangan keperluan dan wang tunai untuk membantu mangsa gempa bumi di sini.