Jangan berhenti beri bantuan, kata Exco Johor

Sheikh Umar menyempurnakan perasmian program semalam.
Sheikh Umar menyempurnakan perasmian program semalam.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Semua pihak dinasihati supaya tidak menjadikan pemberian bantuan Ramadan sebagai trend bermusim semata-mata, sebaliknya perlu dilakukan berterusan sepanjang masa.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, program sumbangan kepada asnaf dan golongan memerlukan perlu diteruskan walaupun di luar bulan Ramadan bagi meringankan beban mereka yang terlibat.

"Mungkin tahun depan, kita boleh kembangkan ke daerah lain dan Insya-ALLAH, kerja-kerja kebajikan seperti ini sangat kita dialu-alukan.

"Menjadi harapan saya juga agar program ini dapat diteruskan dan diperluaskan bagi membantu golongan asnaf serta memerlukan sekali gus tidak terhenti setakar bulan Ramadan sahaja," katanya,” katanya selepas melancarkan program Ziarah Kasih Ihya Ramadan anjuran Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) di sini semalam.

Sheikh Umar berkata, Ziarah Kasih Ihya Ramadan memasuki tahun kelima penganjuran dengan tiga tahun sebelum ini dilakukan menerusi agihan bubur lambuk manakala pemberian sumbangan barangan keperluan dan duit raya pula dimulakan sejak tahun lepas.

Beliau berkata, untuk program semalam, kita memberi sumbangan barang keperluan harian dan duit raya kepada 101 asnaf di kawasan Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

Sheikh Umar berkata, penganjuran sebelum ini hanya di kawasan Johor Bahru.

"Kali ini kita pergi sehingga ke Pontian dan juga Kulai. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Pejabat Daerah Kulai dan Pejabat Daerah Pontian kerana dapat bersama dengan kita menjayakan program ini," katanya.

Artikel Berkaitan: