PKR pandang serius kes gangguan seksual Ahli Parlimen

PKR
PKR
A
A
A

KUALA LUMPUR - PKR memandang serius dakwaan gangguan seksual melibatkan Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dengan salah seorang ahli parti berkenaan.

Majlis Pimpinan Pusat PKR menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin selaras dengan peraturan parti sekiranya siasatan polis mendapati berlakunya pelanggaran undang-undang dalam kes tersebut.

“PKR mengambil maklum bahawa laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak berkenaan dakwaan ini.

“Kami turut mengambil maklum bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan proses siasatan terhadap dakwaan ini.

“PKR menyokong penuh siasatan PDRM ini dan berharap proses tersebut akan dapat dilakukan dengan adil dan teliti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lepas, seorang wanita yang mendakwa bekas pembantu dan bekas bendahari PKR cabang Sungai Siput membuat laporan polis di Selangor berhubung gangguan seksual terhadapnya oleh Kesavan sejak akhir tahun lepas.

Begitupun, Kesavan tampil mempertahankan diri dan menegaskan beliau sedia maklum akan laporan polis berniat jahat yang dibuat oleh seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai penyelidikan parlimennya itu.

Menurutnya, beliau juga bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang bakal dijalankan.

Artikel Berkaitan: