Kes perompak pura-pura kereta rosak, ini kata polis...

Status viral yang dikongsikan.
Status viral yang dikongsikan.
A
A
A

FAKTA

TANJUNG MALIM - Pihak Polis menafikan terdapat insiden samun melibatkan sekumpulan perompak yang berlakon kenderaan rosak di jalan masuk ke Felda Besout seperti yang tular di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, memaklumkan tidak menerima laporan daripada mana-mana individu berkenaan insiden berkenaan.

"Tiada laporan dan tiada kejadian berlaku," jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian.

AUTA

Sebelum ini, tular di dalam Facebook apabila terdapat individu meminta orang ramai berhati-hati ketika melalui jalan masuk ke Felda Besout dari Slim River kerana terdapat kejadian samun berlaku di lokasi.

Dalam tulisannya itu, individu terbabit mendakwa terdapat sekumpulan perompak perpura-pura seolah-olah kenderaan mereka rosak selain menggunakan seorang wanita tua bagi menarik perhatian pemandu yang lalu di kawasan berkenaan.

"Mereka turut gunakan mak cik tua supaya pemandu yang lalu akan lebih rasa kasihan, rupanya itu hanyalah perangkap.

Artikel Berkaitan:

"Kesian mereka yang baik hati membantu akhirnya dirompak dan serius semalam aku terserempak dengan kumpulan ini," katanya.