Empat beradik maut minum susu campur ubat batuk, selesema?

Video penahanan wanita yang tersebar juga tiada kaitkan dengan kes yang tular itu.
Video penahanan wanita yang tersebar juga tiada kaitkan dengan kes yang tular itu.
A
A
A

AUTA

KUANTAN - Empat beradik dilaporkan meninggal dunia selepas minum susu yang dicampur ubat batuk dan selesema.

Kejadian yang dilapor berlaku di negeri ini tular di media sosial apabila klip audio dan video itu dikongsi netizen.

Berdasarkan klip audio yang ditularkan, wanita yang juga merupakan ibu kepada empat beradik itu dikatakan terpaksa mencampurkan ubat batuk ke dalam susu kerana anaknya liat untuk makan ubat.

Bagaimanapun, kesemua anaknya itu muntah-muntah selepas mengambil 'susu beracun' itu dan menjadi punca kematian mereka serentak.

FAKTA

KUANTAN - Polis menafikan kes kematian empat beradik akibat minum susu dicampur ubat batuk yang tular di laman sosial kononya berlaku di Bera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Othman Nanyan berkata, kes itu tidak berlaku seperti yang didakwa.

Menurutnya, video penahanan wanita yang tersebar juga tiada kaitkan dengan kes yang tular itu.

"Sebaliknya wanita itu ditahan bersabit kes curi di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Wanita itu ditahan di Kampung Baru Mengkuang, Bera 9 November lalu,"katanya.

Othman berkata, wanita itu sudah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh pada 13 November lalu dan mengaku bersalah serta telah dijatuhkan hukuman.