Raja Muda Selangor sempoi bawa mangkuk tingkat ke bazar

Raja Muda Selangor sempoi bawa mangkuk tingkat ke bazar Ramadan bersama Tengku Zatashah. Foto Facebook Friends for Selangor
Raja Muda Selangor sempoi bawa mangkuk tingkat ke bazar Ramadan bersama Tengku Zatashah. Foto Facebook Friends for Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak diiringi pengawai pengiring istana mahupun pengawal peribadi, foto Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengunjungi bazar Ramadan bersama kerabat Diraja tular di media sosial.

Menerusi Facebook Friends for Selangor, menjadi amalan tahunan buat Raja Muda Selangor berusia 29 tahun itu, berkunjung ke bazar Ramadan sekitar Shah Alam.

Apa yang menariknya, Raja Muda Selangor dan kekandanya, Tengku Zatashah membawa bekas mangkuk tingkat, sepanjang berbelanja di bazar Ramadan.

Baginda berdua juga dilihat, mudah mesra, menyapa para penjual dan pengunjung di bazar tersebut.

Dalam pada itu, seperti sedia maklum, Tengku Zatashah antara penyokong paling kuat kempen #bebasplastik dan larangan pemberian penyedut minuman atau straw.

Baginda juga sentiasa melibatkan diri dalam kempen-kempen kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar.

Sementara itu, netizen turut menyokong penuh dan memuji usaha kerabat diraja itu dalam memelihara alam sekitar.

Kata Joe Nai, "Tiada penggunaan beg plastik atau beg, malah mangkuk tingkat yang dibawanya... contoh yang terbaik ditunjuk oleh mereka kepada rakyat".

Artikel Berkaitan:

Dalam hantaran yang sama, Yun Brown turut mengagumi sikap Raja Muda Selangor yang menyantuni rakyat Selangor.

"Ni barulah Raja berjiwa rakyat. contoh kerabat raja yang baik," katanya.