Muzik video hip hop Najib bakal dilancarkan hari ini

Paparan klip video Najib.
Paparan klip video Najib.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu video muzik genre hip hop yang turut melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilancarkan hari ini.

Najib menerusi hantaran di akaun Facebooknya telah memuatnaik sebahagian daripada rakaman video berdurasi 44 saat.

"Nantikan video penuh.. #maluapabossku #bukanbiashebiashe #BBB," katanya ringkas.

Menerusi video tersebut, beliau hadir bersama kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire diiringi penunggang motosikal ke sebuah kedai makan hipster.

Terdapat empat lelaki kelihatan sedang bersembang di hadapan kedai tersebut.

Sebaik sahaja pintu kenderaan itu di buka, seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Nor Kharoni atau Ron Kamisan bangun dan menunjukkan ibu jari tangannya sebagai isyarat bagus kepada Najib.

Klip video itu diakhiri dengan tarikh lagu itu akan dilancarkan iaitu pada hari ini.

Pada 14 Mei lalu, Ron Kamisan telah memuatnaik satu rakaman yang menunjukkan lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi rap yang dikenali sebagai ADK & Rash.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan taju lagu berkenaan ialah BBB Bukan Biashe Biashe.

Sehingga berita ini ditulis, muzik video tersebut masih belum dilancarkan di mana-mana platform media sosial milik Ahli Parlimen Pekan itu.