Dr Mahathir singgah Pekan Rabu

Dr Mahathir singgah di kedai menjual kuih tradisional, Warisan Mak Chah untuk membeli makanan kegemarannya, iaitu putu kacang dan karas.

A
A
A

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa hampir 20 minit di Pekan Rabu, hari ini.

Beliau singgah di kedai menjual kuih tradisional, Warisan Mak Chah untuk membeli makanan kegemarannya, iaitu putu kacang dan karas.

Dr Mahathir turut membeli songkok, sampin, butang baju Melayu dan capal di kedai kegemarannya, Style Tun Songkok Malaysia.

Beliau turut ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Pada jam 5 petang ini, Dr Mahathir dijangka mengunjungi Bazar Stadium Darulaman untuk membeli juadah berbuka puasa.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: