Sultan Selangor berkenan berbuka puasa bersama warga TLDM

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan berangkat pada Majlis Berbuka Puasa (Ihya' Ramadan) Bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 1440H di KD Lekiu, Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah hari ini. Foto: Bernama
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan berangkat pada Majlis Berbuka Puasa (Ihya' Ramadan) Bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 1440H di KD Lekiu, Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kapal Diraja (KD) Lekiu dan KD Jebat di sini hari ini.

Ketibaan baginda yang merupakan Kepten Yang Dipertua TLDM disambut Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dan Panglima TLDM, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Di majlis berkenaan juga, Sultan Sharafuddin turut berkenan menunaikan solat maghrib, solat isyak dan solat sunat terawih bersama-sama kira-kira 100 warga TLDM yang hadir.

Sementara itu Mohd Reza dalam ucapan aluannya berkata keberangkatan Sultan Sharafuddin ke majlis berkenaan melihatkan keprihatinan dan sokongan padu baginda terhadap TLDM.

"Secara tidak langsung, kehadiran Sultan Selangor menyemarakkan lagi semangat dan iltizam setiap anggota TLDM dalam menjalankan tugas mereka demi keamanan dan kesejahteraan negara," katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: