Rai 130 anak yatim

Mohd Yusri (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim terpilih.
Mohd Yusri (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim terpilih.
A
A
A

KANGAR - Seramai 130 anak yatim dari tiga buah pertubuhan diraikan syarikat kontraktor persendirian agar Syawal mereka lebih ceria dan bermakna.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Alor Tok Terang, Kayang, Mohd Yusri Yusop berkata, program usahasama itu memilih Rumah Hembusan Kasih, Rumah Anak Yatim Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah di Jejawi serta Rumah Yayasan Saad untuk diraikan kali ini.

Menurutnya, majlis tahunan itu antaranya menyumbang baju dan duit raya serta juadah berbuka puasa kepada anak yatim terlibat.

“MPKK hanya bantu selaraskan pembelian pakaian dan persiapan program, sebahagian lagi dibiayai kontraktor persendirian.

"Konsep program ‘Ramadan dirai, Syawal dinanti’ amat bertepatan dan diharap sumbangan dapat meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri,” katanya.

Artikel Berkaitan: