Selangor komited jaga kebajikan rakyat

AMIRUDIN SHARI
AMIRUDIN SHARI
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri sentiasa komited memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan dan diteruskan untuk tempoh yang panjang.

Sehubungan itu, langkah penjajaran semula Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dibuat bagi memastikan kelangsungan program berkenaan untuk rakyat.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, penilaian program IPR dijalankan supaya memastikan kelangsungan program ini untuk manfaat rakyat.

"Kerajaan negeri mahu memastikan kelangsungan program ini sehingga mampu bertahan lebih 10 tahun dan bukannya dua atau tiga tahun sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jom Shopping Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat DUN Sungai Tua di Pasaraya Giant Batu Caves, di sini semalam.

Katanya, langkah tersebut memberi peluang lebih ramai rakyat Selangor untuk merasai nikmat berkongsi kekayaan negeri.

Dalam pada itu katanya, peserta Jom Shopping pada tahun hadapan akan meningkat jauh lebih ramai, berbanding tahun sebelumnya.

“Hasil daripada penjajaran ini, dijangkakan lebih ramai merasa dan mungkin Jom Shopping akan ada pada setiap bulan,” katanya.

Artikel Berkaitan: