Biro Politik PKR bincang nasib Kesavan esok

Zuraida Kamaruddin - FOTO ZAHID IZZANI
Zuraida Kamaruddin - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Biro Politik PKR akan membincangkan sama ada perlu mengambil sebarang tindakan atau mengadakan satu siasatan bagi meneliti dakwaan gangguan seksual dilakukan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput, S.Kesavan.

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang akan diadakan esok.

“PKR akan mengadakan mesyuarat esok dan perkara ini akan dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat sebelum kita buat sebarang keputusan, jadi kita tunggu mesyuarat dulu,” katanya kepada ketika ditemui, di sini hari ini.

Zuraida, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata demikian bagi menjawab cadangan Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Kesaksamaan Gender (JAG) semalam yang menggesa PKR melantik satu panel siasatan bebas bagi meneliti dakwaan gangguan seksual dilakukan Kesavan.

Minggu lepas, seorang wanita yang mendakwa bekas pembantu dan bekas bendahari PKR cabang Sungai Siput membuat laporan polis di Selangor berhubung gangguan seksual terhadapnya oleh Kesavan sejak akhir tahun lepas.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen penggal pertama itu menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis terhadap wanita berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: