Wartakan semula tanah di Taman Tasik Taiping

Kor Ming bersama Ahli Parlimen Taiping, Teh Kok Lim menunjukkan sebahagian kawasan Taman Tasik Taiping yang dibatalkan perwartaan untuk kegunaan komersial.
Kor Ming bersama Ahli Parlimen Taiping, Teh Kok Lim menunjukkan sebahagian kawasan Taman Tasik Taiping yang dibatalkan perwartaan untuk kegunaan komersial.
A
A
A

TAIPING - DAP Perak mahu kawasan seluas 8.04 hektar berhampiran Taman Tasik Taiping diwartakan semula sebagai Taman Rekreasi selepas ia dibatalkan, dua tahun lalu.

ADUN Aulong, Nga Kor Ming mendedahkan bahawa pewartaan tanah di tapak warisan negara yang bernilai RM50 juta itu telah dibatalkan pada 1 Mac 2017 untuk kegunaan komersial.

“Di bawah pentadbiran BN dahulu rizab kawasan ini dibatalkan. Sekiranya kita tidak mendedahkan perkara ini, kami bimbang taman berusia 139 tahun ini hanya akan tinggal tasik sahaja dan tanah sekeliling tasik akan diambil alih oleh pihak rakus.

“Taman Tasik Taiping adalah sebahagian faktor bandar warisan ini dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018.

"Kita bimbang pengiktirafan itu akan ditarik sekali gus menjejaskan pelancongan kawasan ini,” katanya pada sidang media di The New Face di sini hari ini.

Kor Ming (kiri) menunjukkan kawasan di Taman Tasik Taiping yang dibatalkan perwartaannya untuk kegunaan komersial.
Kor Ming (kiri) menunjukkan kawasan di Taman Tasik Taiping yang dibatalkan perwartaannya untuk kegunaan komersial.

Menurutnya, perkara itu akan dibawa ke pengetahuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi mewartakan semula kawasan itu untuk kegunaan awam.

“Kita akan menghantar surat dalam masa yang terdekat untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri sekali gus mewartakan di bawah Seksyen 62(1) Kanun Tanah Negara 1965 sebagai kawasan taman rekreasi.

Artikel Berkaitan:

“Tiada pembangunan dilakukan setakat ini melainkan sebuah hotel usang yang dilihat boleh dipulihkan menjadi hotel butik bagi menambah keceriaan kawasan tersebut,” katanya.