Bendera bomba dikibar separuh tiang

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tiba dengan helikopter M17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau, Kedah dari Pangkalan Udara Bomba Subang hari ini. - Foto Bernama
Jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tiba dengan helikopter M17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau, Kedah dari Pangkalan Udara Bomba Subang hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Bendera bomba akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda penghormatan terhadap pemergian anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim, malam tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, ia akan dilaksanakan di semua premis JBPM bermula hari ini (18 Disember) sehingga 20 Disember.

Katanya, nama Muhammad Adib juga akan diabadikan bersama-sama Wira Merah di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu.

“Demi menegakkan keadilan, besar harapan JBPM agar tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas kecederaan dan kematian Muhammad Adib,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, JBPM merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang memberi penghormatan terakhir di Pangkalan Udara Subang, serta semua pihak yang membantu sehingga selesai urusan pengebumian.
Artikel Berkaitan:


“Sesungguhnya perhatian, bantuan, sumbangan dan doa semua pihak berikan sepanjang tempoh berkenaan amatlah kami hargai,” katanya.