Ikut jadual TTA, elak sesak di LPT pada waktu puncak

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dinasihat untuk mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) oleh Anih Berhad (Anih) bagi mengurangkan kesesakan melampau pada waktu puncak sempena musim perayaan.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, apabila pengguna mematuhi TTA, secara tidak langsung dapat membantu mengelakkan kenderaan bertembung pada satu masa di plaza tol di Gombak, Bentong dan Karak sehingga menyebabkan kesesakan.

Menurutnya, TTA penting dalam membantu menyuraikan trafik di lebuh raya disebabkan peningkatan jumlah kenderaan di lokasi tertentu secara mendadak.

“Pada 1 Jun iaitu mulai jam enam pagi hingga 4 Jun pada jam tiga petang bagi pengguna lebuh raya yang menghala ke negeri pantai timur.

“Pada 8 dan 9 Jun, antara jam 12 tengah hari hingga 12 pagi membabitkan trafik menghala ke arah Kuala Lumpur.

“Oleh itu, saya menyeru semua pengguna yang bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) supaya merujuk jadual TTA yang disediakan. Pandu berhemah dan patuhilah peraturan ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Fauzi turut mengingatkan pengguna LPT, supaya sebelum memulakan perjalanan balik kampung, pastikan baki kad Touch n Go (TnG) dan e-Wallet Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sentiasa mencukupi.

“Apa yang dilakukan ANIH untuk pelanggan adalah komitmen syarikat bagi memastikan KLK dan LPT1 sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

“Ia termasuk usaha untuk memenuhi tahap kualiti lebuh raya berdasarkan garis panduan dan piawaian yang ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Artikel Berkaitan: