Tular foto wanita kemalangan di NKVE

Keadaan laluan berkenaan yang dilaporkan rosak sebelum ini di KM26.4 Lebuhraya NKVE. (Gambar kecil: Keadaan mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.)
Keadaan laluan berkenaan yang dilaporkan rosak sebelum ini di KM26.4 Lebuhraya NKVE. (Gambar kecil: Keadaan mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa keping foto memaparkan seorang wanita cedera di bahagian kepala selepas terlibat dalam satu kemalangan tular di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan, kemalangan tersebut dipercayai berlaku di KM26.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Bukit Lanjang-Jalan Duta.

Mengikut perkongsian netizen, kemalangan itu berpunca daripada keadaan laluan berkenaan yang rosak sehingga mengakibatkan wanita terbabit yang menunggang motosikal hilang kawalan dan mengalami kecederaan.

Namun begitu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku susulan daripada kejadian itu dan wanita terbabit juga dilihat mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Pihak pengurusan lebuh raya mengambil tindakan segera bagi membaikpulih kerosakan di laluan berkenaan.
Pihak pengurusan lebuh raya mengambil tindakan segera bagi membaikpulih kerosakan di laluan berkenaan.

Menurut seorang netizen, Ramlah Ghazali, pihak pengurusan lebuh raya sewajarnya peka dengan keadaan keselamatan di laluan berkenaan bagi menggelakan kejadian sedemikian berulang.

"Keadaan laluan ini sangat merbahaya dan sewajarnya pihak bertanggungjawab memantau keadaan lalu lintas di lebuh raya ini," katanya.

Selain itu, seorang lagi netizen, Saiful Hizam turut mengingatkan penunggang motosikal supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan mereka khususnya sewaktu melalui lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Harap semua penunggang dapat berhati-hati kerana keadaan laluan yang rosak ini sangat merbahaya," katanya.

Menerusi pemantauan Sinar Harian di lokasi kejadian juga mendapati pihak pengurusan lebuh raya berkenaan telah mengambil tindakan segera bagi membaikpulih kerosakan di laluan terbabit.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kerosakan kecil dan lopak di laluan berkenaan yang dibimbangi dapat mengundang risiko bahaya buat penunggang motosikal yang melalui jalan ini.