X

Kindly register in order to view this article
!

Seorang lagi ditahan kekecohan di Bazar Buluh Kubu

Abdul Rahim
A
A

KOTA BHARU – Seorang lagi individu lelaki berumur 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di Jalan hadapan Bazar Buluh Kubu, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, lelaki tersebut berjaya ditahan jam 2 pagi tadi di sekitar Kota Bharu dan ia merupakan tahanan kedua melibatkan kes itu.

“Setakat ini hanya dua individu ditahan dan kita masih menjejaki tiga yang lain bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Kalau ada sesiapa yang terlibat ataupun mengetahui siapa yang berkaitan, bolehlah hubungi balai berhampiran untuk membantu pihak kami mengesan suspek lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau hadir program Community Policing, sumbangan kepada asnaf di sekitar kawasan Badang, di sini yang turut mendapat kerjasama daripada Yayasan Datuk Zul Wisma.

Mengulas lanjut, ketika ditanya mengenai punca kejadian, beliau memberitahu, mangsa yang juga seorang perempuan berumur lingkungan 40 tahun melalui jalan itu dengan sebuah kenderaan.

Abdul Rahim berkata, mungkin disebabkan jalan yang sempit dan berlaku insiden yang tidak diingini, berlaku pertengkaran sehingga menyebabkan cermin kenderaan milik mangsa dirosakkan.

“Dalam kejadian seperti ini, saya nasihatkan masyarakat yang menggunakan laluan seperti itu perlu lebih peka dan berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia melibatkan peniaga gerai atau penjaja, semua pihak kena berwaspada.

“Perlu banyak tolak ansur dan jika kurang kesabaran, macam-macam boleh terjadi. Kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku. Apa yang penting, orang ramai jangan membuat tindakan sendiri sehingga menimbulkan kekecohan dan pergaduhan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Bazar Buluh Kubu kecoh angkara seorang wanita

Polis tahan pemuda di Bazar Buluh Kubu

'Jangan baling kon, semua kena bertimbang rasa'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!