Mayat lelaki ditemukan tanpa tangan disyaki dibaham buaya

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SANDAKAN - Mayat seorang lelaki tanpa tangan kiri dipercayai dibaham buaya ditemukan terapung di sebuah anak sungai di Jalan Beriawa di sini pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mayat Saini Mahmi, 39, ditemukan kira-kira 9.00 pagi ini oleh orang awam selepas hilang sejak 23 Mei lalu kira-kira 6.30 petang.

Bagaimanapun, kehilangannya hanya dilaporkan kepada JBPM pada pukul 9.10 malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Mangsa dikhuatiri dibaham buaya ketika memindahkan barang dari bot untuk ke rumahnya yang berdekatan.

Mayat mangsa, yang mana sebahagian dadanya juga mempunyai kesan dibaham buaya, ditemukan kira-kira 300 meter dari tempat bot mangsa.

Kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: