Pasaran getah dijangka terus meningkat minggu depan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PASARAN getah dijangka terus mengalami aliran peningkatan minggu depan disokong oleh keyakinan terhadap pengukuhan harga Standard Getah Malaysia (SMR 20), yang mencecah paras tertinggi pada Jumaat sejak September 2017.

Peniaga berkata pada masa yang sama, sentimen positif itu disokong oleh kebimbangan terhadap kekurangan bekalan susulan tindakan beberapa ladang getah di Wilayah Yunnan, China menghentikan aktiviti penorehan akibat musim kemarau yang berpanjangan dan pengurangan bekalan yang beterusan oleh Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC).

Kementerian Perdagangan China dilaporkan berkata lebih banyak usaha perlu dilaksana bagi mencapai matlamat menstabilkan perdagangan sambil meningkatkan kualiti selain perkembangan persekitaran perdagangan yang tidak menentu dan mencabar.

“Harga minyak pulih sedikit minggu lepas ketika Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Opec) mengurangkan bekalan dan pertikaian di Timur Tengah, namun ia tidak dapat menampung sepenuhnya kerugian pada awal minggu ini akibat ekonomi yang perlahan dan inventori yang bertambah,” katanya kepada Bernama.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Rabu, masing-masing bersempena cuti Hari Wesak dan Nuzul Al-Quran.

Bagi minggu yang singkat itu, pasaran menyaksikan kebanyakan dagangan dipacu oleh prestasi pasaran getah serantau yang kukuh.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi tayar gred SMR 20 meningkat 10.5 sen kepada 635.5 sen sekilogram manakala lateks pukal menambah lima sen kepada 488.5 sen sekilogram.

Semasa urus niaga ditutup pada 5 petang, harga tayar gred SMR 20 meningkat 13.5 sen kepada 635.0 sen sekilogram manakala lateks pukal menokok enam sen kepada 489 sen sekilogram.- Bernama

Artikel Berkaitan: