Pengguna perlu patuhi pembahagi jalan sementara

Chee Meng (tengah) meninjau Jalan Datuk Teow SIew Khor yang ditutup sementara.
Chee Meng (tengah) meninjau Jalan Datuk Teow SIew Khor yang ditutup sementara.
A
A
A

KLUANG - Pengguna yang menggunakan persimpangan Jalan Datuk Teow Siew Khor ke Jalan Datuk Tan Seng Leong, di sini, diminta mematuhi penggunaan pembahagi jalan sementara.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Kluang, Jimmy Yap Chee Meng berkata, pembahagi tersebut yang diletakkan di persimpangan berkenaan bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya yang sering berlaku di kawasan tersebut.

“Kebanyakan pengguna jalan raya di laluan ini mengambil jalan pintas untuk terus ke Jalan Datuk Tan Seng Leong walaupun persimpangan ini hanya membolehkan pemandu membelok ke kiri dan kanan sahaja.

“Jalan ini juga merupakan laluan untuk masuk ke Balai Bomba Kluang dan bagi menghalang pengguna jalan raya melalui jalan pintas ini, satu penghadang jalan sementara telah diletakkan di hadapan persimpangan ini oleh Majlis Perbandaran Kluang (MPK),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat kawasan tersebut di Jalan Datuk Teow Siew Khor semalam.

Menurutnya, persimpangan jalan ini juga sering berlaku kemalangan dan untuk rekod pada bulan Mei ini sahaja terdapat tiga kemalangan yang telah berlaku di kawasan berkenaan.

“Statistik ini tidak termasuk kemalangan yang tidak direkod dan jumlah kemalangan adalah lebih tinggi sebelum ini. Jadi, kajian ini akan berjalan selama sebulan bagi memutuskan sama ada penghadang ini sesuai untuk dibina atau tidak pada masa hadapan.

“Selain itu, MPK akan membuat penambahan lampu isyarat di persimpangan Jalan Sultanah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di lampu isyarat tersebut dan ini semua berdasarkan aduan daripada orang ramai,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pengguna jalan raya dari Jalan Sultanah tidak perlu lagi menunggu lampu hijau untuk ke Jalan Haji Manan, sebaliknya akan diletakkan satu lampu isyarat khas bagi membolehkan kenderaan membelok ke kiri kecuali lampu hijau dari arah bertentangan.