Saya dulu harimau juga, Wawa nangis lihat watak lakonan suami

Paparan Instagram Wawa Zainal
Paparan Instagram Wawa Zainal
A
A
A

DRAMA Cari Aku Di Syurga lakonan Aeril Zafrel dengan membawa watak Anas, amat memberi kesan mendalam buat isterinya, Wawa Zainal.

Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, meluahkan isi hatinya di Instagram dengan menyatakan riak wajah suaminya dalam babak drama itu ketika dimarahi Lisa lakonan Janna Nick sama seperti yang dilalui pada awal perkahwinan mereka.

Wanita berumur 28 tahun itu berkata, dia pernah melalui fasa itu namun berjaya diharungi apabila Aeril bersikap tenang dalam menerajui perkahwinan.

Mengakui perkahwinan pada usia muda, dirinya bersikap tidak matang dan kebudak-budakan.

“Terlalu banyak menangis bila tengok muka kesian Anas (Aeril) macam ini. Sebab masa awal perkahwinan dulu saya harimau juga.

“Suka marah-marah dia. Biasa la masa tu budak-budak, tak matang. Tapi tak ada la teruk macam cik Lisa (lakonan Janna) itu.

“Tapi Aeril tenang macam itu la reaksi dia sama macam dalam TV. Sabar saja dengan perangai isteri dia,” luahnya.

Mengimpikan perkahwinan indah, Wawa menyedari khilafnya dan berubah menjadi seorang isteri terbaik buat Aeril.

Artikel Berkaitan:

"Nasib baik la saya insaf cepat... jadi isteri yang baik...

"Bila tanya ada ke lelaki sebaik Anas? Yang tidak melukai hati isterinya... ada... ada je... kalau ada itu hargaila... jangan sesekali sia-siakan.

“Eh rindunya dengan @aeril_zafrel. Tengok dalam TV saja mampu,” katanya.

Dalam pada itu, Wawa juga memuat naik satu video adegan drama Cari Aku Di Syurga iaitu ketika Lisa memarahi Anas.

Difahamkan, drama itu mula ditayangkan sejak 6 Mei lalu menerusi slot Samarinda TV3 pada jam 10.30 malam setiap hari Selasa hingga Khamis.

Terdahulu, Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4, kini Wawa sedang hamil anak ketiga mereka yang sudah memasuki dua bulan.