Lubnan usir 16 rakyat Syria

6
6
A
A
A

BEIRUT - Lubnan mengusir sekurang-kurangnya 16 rakyat Syria, sebahagian daripada mereka adalah pelarian berdaftar, dengan memaksa menandatangani borang penghantaran pulang sukarela, kata kumpulan hak asasi manusia pada Jumaat.

Lubnan menampung hampir satu juta pelarian Syria, satu bebanan besar buat negara yang mempunyai populasi empat juta orang.

Kesemua 16 individu terbabit dihantar pulang ke Syria pada 26 April lalu sebaik sahaja mereka tiba di Lapangan Terbang Beirut.

Menurut Human Rights Watch (HRW), kebanyakan daripada mereka dihantar semula ke Lubnan selepas tidak dibenarkan memasuki Cyrus menerusi Turki, sekali gus memusnahkan harapan mereka untuk mencari suaka di Eropah.

Sekurang-kurangnya lima daripada mereka berdaftar dengan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Pihak berkuasa Lubnan sepatutnya tidak mengusir mana-mana individu ke Syria tanpa memberi mereka peluang yang adil untuk mempertahankan kes mereka," kata pengarah HRW bagi Timur Tengah, Lama Fakih.

Dianggarkan 170,000 pelarian Syria dihantar pulang ke negara asal dari Lubnan antara Disember 2017 dan Mac 2019,

PBB sebelum ini berkata, Syria tidak selamat untuk penghantaran pulang berskala besar. - AFP

Artikel Berkaitan: