Umat Islam perlu berusaha: Dr Mahathir

Dr Mahathir (tengah) menyerahkan sumbangan kepada kanak-kanak pada Majlis Berbuka Puasa dan Kebajikan bersama Perdana Menteri di Masjid Nurus Salam, Ewa, di sini tadi.
Dr Mahathir (tengah) menyerahkan sumbangan kepada kanak-kanak pada Majlis Berbuka Puasa dan Kebajikan bersama Perdana Menteri di Masjid Nurus Salam, Ewa, di sini tadi.
A
A
A

LANGKAWI - Umat Islam dinasihatkan berusaha sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan orang lain kerana ia dikhuatiri mampu melemahkan diri mereka.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tidak dinafikan, bulan Ramadan merupakan bulan baik untuk memberi derma kepada individu memerlukan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, orang sihat hendaklah berusaha dan tidak bergantung kepada orang lain kerana ia mampu melemahkan diri mereka.

"Pada bulan puasa, kita kena beri derma kepada individu tidak berkeupayaan dan hidap sakit tertentu.

"Namun, orang sihat lebih baik berusaha mencari rezeki sendiri dan tidak sepatutnya bergantung kepada orang lain kerana ia mampu melemahkan mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Kebajikan bersama Perdana Menteri di Masjid Nurus Salam, Ewa, di sini tadi.

Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir berkata, bulan Ramadan merupakan latihan baik dalam mengajar umat Islam mengawal nafsu masing-masing.

Katanya, banyak masalah akan timbul seperti peperangan seperti mana berlaku di negara lain.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata lagi, bulan Ramadan turut mengajar umat Islam untuk membendung perasaan marah masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Pada bulan mulia ini, kita tidak boleh maki hamun, melemparkan kata-kata kesat ataupun fitnah tentang cerita tidak benar, sekali gus menghalang diri daripada membohong ataupun melepaskan perasaan marah kepada pihak lain," katanya.