Letupan di masjid ragut dua nyawa di barat daya Pakistan

Serangan di masjid berkenaan berlaku ketika solat Jumaat sedang berlangsung. - Reuters
Serangan di masjid berkenaan berlaku ketika solat Jumaat sedang berlangsung. - Reuters
A
A
A

KARACHI - Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam satu letupan yang menyasarkan sebuah masjid semasa solat Jumaat di barat daya Pakistan, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan pegawai dan media tempatan.

Masjid itu yang terletak di kawasan Pashtunabad, Quetta -- ibu kota wilayah barat daya Balochistan -- telah diserang ketika solat Jumaat sedang berlangsung, lapor stesen penyiar tempatan Geo TV.

Dr Saleem Abro, Ketua Hospital Umum Quetta, memaklumkan pemberita bahawa dua mayat dan 15 mangsa yang cedera -- dua daripada mereka dalam keadaan kritikal -- telah dibawa ke hospital.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung sifat letupan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: