Cadangan perkenal subjek agama lain perlu diteliti

Fuziah (kanan) memasukan bubur lambuk ke dalam bekas untuk diagihkan kepada orang ramai selepas pada Program Memasak Bubur Lambuk Q-Fish dan Promosi Jualan Ikan di Pasar Nelayan Sepat hari ini.
Fuziah (kanan) memasukan bubur lambuk ke dalam bekas untuk diagihkan kepada orang ramai selepas pada Program Memasak Bubur Lambuk Q-Fish dan Promosi Jualan Ikan di Pasar Nelayan Sepat hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Cadangan untuk memperkenalkan subjek khusus bagi mengenali agama lain selain Islam di peringkat sekolah dan universiti perlu diperhalusi kerana ia berkait dengan sentimen masyarakat Islam masa kini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, cadangan perlu diteliti dan dilihat kesannya bukan sahaja terhadap bidang pendidikan sebaliknya sosial masyarakat di negara ini.

Menurutnya, perkara ini sememangnya amat sensitif kepada masyarakat dan perlu melihat kesediaan mereka terhadap cadangan terbabit.

“Sebagai contoh pendidikan seks...pada pandangan saya subjek ini wajar kita ajar tetapi sama ada masyarakat bersedia atau tidak. Ini antara isu yang sama.

“Jadi, sebelum ia cadangan itu dilaksanakan lebih baik, jika perkara ini diteliti dengan sebaik-baiknya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Memasak Bubur Lambuk Q-Fish dan Promosi Jualan Ikan di Pasar Nelayan Sepat hari ini.

Beliau mengulas cadangan Majlis Belia Malaysia supaya kerajaan memperkenalkan mata pelajaran khusus bagi mengenali agama lain selain Islam di peringkat sekolah dan universiti.

Sebelum ini, Presiden MBM, Jufitri Joha dalam kenyataan berkata, mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memberi peluang kepada pelajar memahami agama lain.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak pelbagai pelbagai pihak dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dilaporkan tidak mempersetujui cadangan itu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun kementerian konsisten dengan cadangan sebelum ini yang mahukan setiap sekolah dan universiti lebih kerap mengadakan program rentas budaya.

Ditanya mengenai program memasak bubur lambok, Fuziah berkata, 40kg beras telah digunakan untuk memasak dua kawah bubur lambuk.

Katanya, kesemua bubur lambuk itu akan diagihkan kepada penduduk setempat