Pembantu rawatan kesihatan bebas tuduhan dera kanak-kanak

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pembantu rawatan kesihatan di rumah anak yatim di Cheras atas pertuduhan mendera kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, tahun lepas.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohamed Syafiq Mohamed, 27, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

“Mahkamah berpendapat bahawa keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan adalah berpandukan kepada keterangan mengikut keadaan.

“Setelah membuat penilaian maksimun, tertuduh dengan ini dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri,” katanya.

Mohamed Syafiq didakwa melakukan penderaan terhadap kanak-kanak itu di dalam bilik bayi di rumah anak-anak yatim itu pada 8.30 malam, 11 Okt 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan manakala Mohamed Syafiq diwakili peguam Muhammad Amin Abdullah.- Bernama

Artikel Berkaitan: